-->

Wednesday 20 March 2013

DIY lagi ♥



siap jugak pe yang aku wat >. DIY :)
time untuk upload pic
diy peplum..diy inner..diy half moon shawl

ya tuhan! budget comel pulak

buku anak aku pun nak masuk cam gak

nampak gemuk loo




Sunday 17 March 2013

apabila...




apabila aku sudah mahu melupakan..lalu aku melepaskan ia dengan rela hatiku.. bila aku membuat keputusan itu,,bukan bermakna aku tak sayang...bukan bermakna aku sudah membenci..cuma aku tidak mahu lagi hatiku disakiti :)
semoga segalanya dipermudahkan :)
amin

Thursday 14 March 2013

TERCIPTA UNTUKKU >> BAB 3


Diam seribu bahasa, itu sahaja yang mampu aku lakukan. Tak mahu memberitahu keadaan sebenar mungkin kelemahan aku. Aku tahu dia tahu kenapa dan mengapa aku begini. Cuma dia hanya tidak mengerti mengapa aku tidak mahu menghadapinya.  Aku sedar ini rencana yang telah diberikan kepada aku. Aku takut untuk menghadapinya. Tidak mahu dan tidak mampu. Itu kelemahan aku. Maafkan aku wahai suamiku.
Malam yang begitu dingin, menyengat sehingga ke tulang. Alangkah bagus seandainya hatiku turut dibekukan dengan kesejukan malam ini. Andai luka di hatiku tidak boleh diubati, biarkan ia beku begitu. Tidak merebak, tidak menais, tidak terasa sakit dan pedihnya. Perlahan-lahan aku menolak kerusi rodaku sendiri. Mahu melihat suamiku walaupun aku tak pernah mendekatinya. Namun, ku terhenti di hadapan pintu bilik suamiku…
“ Ya Allah ya Tuhanku, andai ini apa yang layak aku terima atas dosa-dosa yang pernah aku lakukan terdahalu, aku terima dengan redha. Andai ini yang terbaik buat diriku dalam menguji kesabaranku, aku terima dengan jiwa penuh tenang. Atas izinMu Ya Allah, biarkan aku menanggung segala kesedihan dan keperitan yang ditanggung oleh isteriku. Jangan biarkan dirinya menanggung derita sendiri. “
“Ya Allah Ya Tuhanku, aku tidak sanggup melihat keadaannya setiap hari berendam air mata. Aku tidak menerima nikah atas namanya kerana kasihan tetapi aku sayang padanya. Malah kini, aku menyintainya. Berikanlah kesempatan padaku untuk menjaganya sebelum kau mengambil nyawaku. Aku sedar aku tidak hidup lama di muka bumiMu Ya Allah. Namun beriku peluan untuk membuktikan aku sangat menyintainya. Tidak kerana kasihan, bukan kerana simpati. “
“Ya Allah Ya Tuhanku, beriku kekuatan untuk bersabar dengan segala karenahnya. Beriku kesabaran yg kuat untuk terus membuatkan isteriku kuat. Hanya padaMu ku memohon. Hanya padaMu yang memudahkan yang sukar dan menjadikan yang  mudah itu sukar.. hanya padaMu ku me”mohon pertolongan. Engkau yang Maha Mengetahui segala di atas muka bumiMu.
            “abang…”untuk pertama kalinya aku menatap wajah suamiku dengan kedua belah mataku. Untuk kali pertamanya benar hatiku tersentuh dgn cintanya. Ruginya aku mengabaikan lelaki ini. Ya Allah..ampunkan dosaku Ya Allah.
            Suamiku dapatku lihat sedikit terkejut. Mungkin tidak menyangka kehadiranku, mungkin juga tidak menyangka rahsianya kini telah menjadi milikku. Walau dalam keadaan terkejut sekalipun wajah suamiku itu, dapat kulihat sinar cahaya cinta dari kedua matanya.
“Kasih, kenapa sayang belum tidur?” suamiku bingkas bangun mendapatkanku. Erat memegang tanganku. Sejuk benarku rasakan sentuhannya kali ini. Tangannya membelai lembut pipiku dan kini, ku pegang kedua tangannya. Ku kucup kedua tangannya.
“Abang, kasih minta ampun minta maaf atas segala kesalahan yang Kasih dah lakukan.

(BERSAMBUNG....) 

TERCIPTA UNTUKKU >> BAB 2


“ Kasih, jangan menitiskan airmata ini sayang. Abang dah tak sanggup melihatnya. Berhenti  dari menitiskan air mata ini seperti Kasih berharap mereka akan kembali,” terkesima aku seketika ketika jari jemarinya menggeletar mengesat airmataku. Terkaku aku seketika ketika suaranya yang selama  ini mendatar, penuh lemah lembut bergetar dengan nada yang akan tegas.
“Kasih, mereka telah pergi  setahun yang lalu. Sampai bila Kasih perlu begini. Kasihanilah abang. Abang dah tak mampu terus begini.  Abang tak mampu melihat kasih terus begini. Meratapi mereka yang telah pergi. Lepaskan mereka pergi Kasih,” semakin penih hatiku mendengar rintihan dari insan ini. Terpanah hatiku ketika ku merasakan setitik demi setitik air mata seorang lelaki ini jatuh di tanganku yang digengam erat.
Lelaki ini adalah suamiku. Suami yang aku tak pernah letakkan ia di hatiku. Suami yang tak pernah mahu ku pandang dengan kedua mataku. Tapi hari ini.. air matanya membuatkan aku seperti insane berdosa. Derhakanya aku membuatkan seorang suami menitiskan air mata. Ya Allah. Sebegitu lama aku mengetepikan suamiku. Sebegitu lama aku menolak syurga di bawah telapak kakinya.. berdosanya aku kerana memperlakukannya sebegitu.
Aku tahu kita takkan sedar bagaimana seseorang itu boleh hadir dalam hidup kita. Selalunya orang yang kita tidak pernah jangka itu lah pasangan yang akan bersama kita hingga akhir hayat. Cuma… aku tidak sanggup meletakkan dia di hatiku, dan aku juga tidak mampu melihatnya dengan mataku. Bagaimana aku mampu melihat dirinya dengan mata kakak kembarku sendiri, bagaimana aku mahu letakkan dia di hati sedangkan hati ini milik orang yang aku cintai? Aku menolak dari melakukannya. Aku mengelak dari mencuba.
“ Kasih, beritahu abang, mengapa selama setahun lebih ini Kasih tak mahu langsung menatap wajah abang. Mengapa Kasih tidah mahu memberi peluang pada hati Kasih untuk menyintai abang?” akhirnya terluah jua pertanyaan ini dari mulut suamiku.
(BERSAMBUNG....)

TERCIPTA UNTUKKU >> BAB 1


Entah kenapa hari ini aku rasakan bagai jauh benar hatiku di bawa pergi. Pandanganku jua terasa jauh menembusi bukit bukau yang  ada dihadapanku. Terasa lemah kadangkala memikirkan tentang kehidupanku. Bagai terhakis sudah kesabaran yang selama ini aku pupuk. Bagai terhenti sudah semangat yang aku belai selama ini. Tidak mahu lagi mengukir cinta.. tapi aku tahu… sejauh mana kakiku melangkah pergi.. sejauh mana fikiranku melayang jauh.. sejauhmana ku buang perasaan ini.. hakikat yang aku harus terima…wujudnya aku kerana cinta.. perginya aku suatu hari nanti jua kerana cinta.
Ya Allah Ya Tuhanku, berikanlah kekuatan padaku dalam meniti setiap ujian dariMu. Kukuhkanlah semangatku dalam menghadapi dugaan dariMu. Kerana aku sedar. Engkau Maha Mengetahui dalam segala hal. Segala ujian ini Engkau berikan pada hambaMu mengikut kemampuannya. Semoga aku masih kuat menghadapi segala ujian yang dating dariMU.
“ Kasih, kenapa duduk di sini. Sejuk.. nanti demam. Kan doctor dah pesan, jaga kesihatan tu,” lamunanku terhenti apabila ada suatu suara yang aku kenali menegurku. Aku hanya mampu mengukirkan senyuman. Bagaikan tiada kata yang mahu terucap dariku. Dan aku hanya membiarkan pemilik suara itu menolak kerusi rodaku kembali ke dalam rumah.
Rumah ini bagaikan sebuah muzium bagiku. Bukan kerana ia hanya lah sebuah rumah using. Tidak… rumah ini begitu agam bagiku. Setiap sentuhan dalam pengubahsuaian rumah itu begitu agung bagiku. Biarpun bertahun, biarpun dimamah usia. Aku mahu segalanya berada di tempatnya. Rumah ini ada kenangan terbaik bagiku. Tiada di tempat lain. Tidak mungkin. Segalanya ada di rumah ini. Aku dapat rasakan dia sentiasa ada dengan aku. Suaranya, sentuhannya, gelak tawanya, rajuk tangisnya…

(BERSAMBUNG....)

DIY ❤ HALF MOON SHAWL




entry kali ni tentang DIY



ni lagi satu kegilaan aku -____-"
orang selalu kata aku kedekut bila aku DIY ni
aku tak kedekut cuma aku SAYANG DUIT jek
dan sangat2 berpuas hati bila pakai
sesuatu yang aku buat sendiri :)
 warna coklat ni half moon shawl pertama..
yg biru tu...yg ke2
skang aku dah ada 12 helai diy half moon shawl -__-"


siap ada manik2 lagi..pastu tobat nak letak manik
cahaya buatkan wajahku flawless -__-"


next project yang aku dah siap ~~> tudung syria, anak tudung syria, peplum dress :) akan diupload nanti

~> suka edit picture + photoscape ❤






ni aku dengan hero kecilku 


haaaaaaa~ anak sedara aku ~~> budak ni~~>>(https://www.facebook.com/ayue.noty) yang kenalkan aku dengan photoscape ni~ sebab dye memang sangat2 gila edit gambar~ lagipun untuk yang perangai cam kami ni~ photoscape ni dianggap sebagai tool yang mudah untuk edit gambar :)


pesanan ❤






huhuhuhuh~
ni aku baru jek wat td..
cam apa ntah ruper dye kan T_____T

ni untuk encik asri~
encik perwiraku {^◕‿◕^}


 

terima kasih :)



ok hari ni aku banyak belajo buat blog dari >>>
kredit untuk :~~>>

http://bicarafarah.blogspot.com/p/blog-tutorial_1005.html

jenuh dan pedih dah mata aku ni..
huhuhuhu..so~
decide untuk take a rest
nanti sambung lagi edit blog aku ni..
dah 2 hari ngadap blog ni~
tergendala projek DIY tudung dah peplum aku
T___________T

bila la nak siap ni diah =.="






dah tua~




entry aku ni setelah aku puas hati tgk blog aku..
tu la dah tua2 baru nak belajo buat blog..
gny la rupanya...dari pagi tadi mengadap..
fedup terasa
tp teruskan gak T___T
hak3...esok belajo g bende2 baru yang leh watkan blog aku kelihatan comel
salam kenal buat bloger2 yang dah otai2
n_n

cerita dari hanyadiah