Diam
seribu bahasa, itu sahaja yang mampu aku lakukan. Tak mahu memberitahu keadaan
sebenar mungkin kelemahan aku. Aku tahu dia tahu kenapa dan mengapa aku begini.
Cuma dia hanya tidak mengerti mengapa aku tidak mahu menghadapinya. Aku sedar ini rencana yang telah diberikan
kepada aku. Aku takut untuk menghadapinya. Tidak mahu dan tidak mampu. Itu
kelemahan aku. Maafkan aku wahai suamiku.
Malam
yang begitu dingin, menyengat sehingga ke tulang. Alangkah bagus seandainya
hatiku turut dibekukan dengan kesejukan malam ini. Andai luka di hatiku tidak
boleh diubati, biarkan ia beku begitu. Tidak merebak, tidak menais, tidak
terasa sakit dan pedihnya. Perlahan-lahan aku menolak kerusi rodaku sendiri.
Mahu melihat suamiku walaupun aku tak pernah mendekatinya. Namun, ku terhenti
di hadapan pintu bilik suamiku…
“ Ya
Allah ya Tuhanku, andai ini apa yang layak aku terima atas dosa-dosa yang
pernah aku lakukan terdahalu, aku terima dengan redha. Andai ini yang terbaik
buat diriku dalam menguji kesabaranku, aku terima dengan jiwa penuh tenang.
Atas izinMu Ya Allah, biarkan aku menanggung segala kesedihan dan keperitan
yang ditanggung oleh isteriku. Jangan biarkan dirinya menanggung derita
sendiri. “
“Ya
Allah Ya Tuhanku, aku tidak sanggup melihat keadaannya setiap hari berendam air
mata. Aku tidak menerima nikah atas namanya kerana kasihan tetapi aku sayang
padanya. Malah kini, aku menyintainya. Berikanlah kesempatan padaku untuk
menjaganya sebelum kau mengambil nyawaku. Aku sedar aku tidak hidup lama di
muka bumiMu Ya Allah. Namun beriku peluan untuk membuktikan aku sangat
menyintainya. Tidak kerana kasihan, bukan kerana simpati. “
“Ya
Allah Ya Tuhanku, beriku kekuatan untuk bersabar dengan segala karenahnya.
Beriku kesabaran yg kuat untuk terus membuatkan isteriku kuat. Hanya padaMu ku
memohon. Hanya padaMu yang memudahkan yang sukar dan menjadikan yang mudah itu sukar.. hanya padaMu ku me”mohon
pertolongan. Engkau yang Maha Mengetahui segala di atas muka bumiMu.
“abang…”untuk pertama kalinya aku
menatap wajah suamiku dengan kedua belah mataku. Untuk kali pertamanya benar
hatiku tersentuh dgn cintanya. Ruginya aku mengabaikan lelaki ini. Ya
Allah..ampunkan dosaku Ya Allah.
Suamiku dapatku lihat sedikit
terkejut. Mungkin tidak menyangka kehadiranku, mungkin juga tidak menyangka
rahsianya kini telah menjadi milikku. Walau dalam keadaan terkejut sekalipun
wajah suamiku itu, dapat kulihat sinar cahaya cinta dari kedua matanya.
“Kasih,
kenapa sayang belum tidur?” suamiku bingkas bangun mendapatkanku. Erat memegang
tanganku. Sejuk benarku rasakan sentuhannya kali ini. Tangannya membelai lembut
pipiku dan kini, ku pegang kedua tangannya. Ku kucup kedua tangannya.
“Abang,
kasih minta ampun minta maaf atas segala kesalahan yang Kasih dah lakukan.
(BERSAMBUNG....)
Follow @RUWAIDIYAH1
(BERSAMBUNG....)
No comments:
Post a Comment