Entah
kenapa hari ini aku rasakan bagai jauh benar hatiku di bawa pergi. Pandanganku
jua terasa jauh menembusi bukit bukau yang
ada dihadapanku. Terasa lemah kadangkala memikirkan tentang kehidupanku.
Bagai terhakis sudah kesabaran yang selama ini aku pupuk. Bagai terhenti sudah
semangat yang aku belai selama ini. Tidak mahu lagi mengukir cinta.. tapi aku
tahu… sejauh mana kakiku melangkah pergi.. sejauh mana fikiranku melayang
jauh.. sejauhmana ku buang perasaan ini.. hakikat yang aku harus terima…wujudnya
aku kerana cinta.. perginya aku suatu hari nanti jua kerana cinta.
Ya
Allah Ya Tuhanku, berikanlah kekuatan padaku dalam meniti setiap ujian dariMu.
Kukuhkanlah semangatku dalam menghadapi dugaan dariMu. Kerana aku sedar. Engkau
Maha Mengetahui dalam segala hal. Segala ujian ini Engkau berikan pada hambaMu
mengikut kemampuannya. Semoga aku masih kuat menghadapi segala ujian yang
dating dariMU.
“ Kasih,
kenapa duduk di sini. Sejuk.. nanti demam. Kan doctor dah pesan, jaga kesihatan
tu,” lamunanku terhenti apabila ada suatu suara yang aku kenali menegurku. Aku
hanya mampu mengukirkan senyuman. Bagaikan tiada kata yang mahu terucap dariku.
Dan aku hanya membiarkan pemilik suara itu menolak kerusi rodaku kembali ke
dalam rumah.
Rumah
ini bagaikan sebuah muzium bagiku. Bukan kerana ia hanya lah sebuah rumah
using. Tidak… rumah ini begitu agam bagiku. Setiap sentuhan dalam
pengubahsuaian rumah itu begitu agung bagiku. Biarpun bertahun, biarpun dimamah
usia. Aku mahu segalanya berada di tempatnya. Rumah ini ada kenangan terbaik
bagiku. Tiada di tempat lain. Tidak mungkin. Segalanya ada di rumah ini. Aku
dapat rasakan dia sentiasa ada dengan aku. Suaranya, sentuhannya, gelak
tawanya, rajuk tangisnya…
(BERSAMBUNG....)
Follow @RUWAIDIYAH1
(BERSAMBUNG....)
No comments:
Post a Comment