“
Kasih, jangan menitiskan airmata ini sayang. Abang dah tak sanggup melihatnya.
Berhenti dari menitiskan air mata ini
seperti Kasih berharap mereka akan kembali,” terkesima aku seketika ketika jari
jemarinya menggeletar mengesat airmataku. Terkaku aku seketika ketika suaranya
yang selama ini mendatar, penuh lemah lembut
bergetar dengan nada yang akan tegas.
“Kasih,
mereka telah pergi setahun yang lalu.
Sampai bila Kasih perlu begini. Kasihanilah abang. Abang dah tak mampu terus
begini. Abang tak mampu melihat kasih
terus begini. Meratapi mereka yang telah pergi. Lepaskan mereka pergi Kasih,”
semakin penih hatiku mendengar rintihan dari insan ini. Terpanah hatiku ketika
ku merasakan setitik demi setitik air mata seorang lelaki ini jatuh di tanganku
yang digengam erat.
Lelaki
ini adalah suamiku. Suami yang aku tak pernah letakkan ia di hatiku. Suami yang
tak pernah mahu ku pandang dengan kedua mataku. Tapi hari ini.. air matanya
membuatkan aku seperti insane berdosa. Derhakanya aku membuatkan seorang suami
menitiskan air mata. Ya Allah. Sebegitu lama aku mengetepikan suamiku. Sebegitu
lama aku menolak syurga di bawah telapak kakinya.. berdosanya aku kerana
memperlakukannya sebegitu.
Aku
tahu kita takkan sedar bagaimana seseorang itu boleh hadir dalam hidup kita.
Selalunya orang yang kita tidak pernah jangka itu lah pasangan yang akan
bersama kita hingga akhir hayat. Cuma… aku tidak sanggup meletakkan dia di
hatiku, dan aku juga tidak mampu melihatnya dengan mataku. Bagaimana aku mampu
melihat dirinya dengan mata kakak kembarku sendiri, bagaimana aku mahu letakkan
dia di hati sedangkan hati ini milik orang yang aku cintai? Aku menolak dari
melakukannya. Aku mengelak dari mencuba.
“
Kasih, beritahu abang, mengapa selama setahun lebih ini Kasih tak mahu langsung
menatap wajah abang. Mengapa Kasih tidah mahu memberi peluang pada hati Kasih
untuk menyintai abang?” akhirnya terluah jua pertanyaan ini dari mulut suamiku.
(BERSAMBUNG....)
Follow @RUWAIDIYAH1
(BERSAMBUNG....)
No comments:
Post a Comment